30 August 2012

Salam Syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 

dari kami suami isteri
Ahmad Muhsin & Nur Asyikin



p/s: Insyallah tahun depan raya dgn baby..;)

09 August 2012

Tulisan Sebuah Bahasa Bisu


"Menulis bukan mengharap penghargaan.
Menulis bukan kerana ‘like’ dan pujian.
Menulis dari hati,
Untuk berkongsi.
Menzahir rasa.
Meluah kecewa.
Tulisan adalah sebuah bahasa bisu,
Yang kadang kala boleh disalah erti."


kredit to Tumblr


p/s: indah bila dpt rest dkt umah..;)

15 July 2012

S A H A B A T




Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan zikrullah.
Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka.
Biar tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan. 
Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai satu peringatan buat kita. 
Kita tak ada hak untuk marah pada mereka. 
Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. 
Bila hilang kedua sifat itu dari diri kita, ke mana hilangnya taqwa kita? 
Hidup ini biar positif. 
Memang, luka itu mula-mulanya pedih.. sehingga air mata pun boleh mengalir. 
Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. 
Parutnya boleh hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah :)"


p/s: sentiasa rindu kawan2..;)

15 April 2012

Alpa dalam Kadang-Kadang



kadang-kadang,
Allah berikan kita kekurangan,
untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.

kadang-kadang,
Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,
untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.


memang sengaja,
Allah memilih kita.

kita yang tak punya itu dan ini,
dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.

kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian kekurangan,
Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.


dan kadang-kadang,
yang melukai hati,
bukan kekurangan yang kita miliki,
tapi, 
keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
menghiris hati.

namun,
kadang-kadang, 
kerana terbawa emosi,
kita lupa,
mereka juga adalah ujian.

bila kita mengaku redha dan ikhlas,
dengan ujian dan kekurangan,
maka adalah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,
akan membuat kita sakit hati,
membuat kita membenci dan berdendam?

astaghfirullahalazim.
moga Allah mengampuni kita.
kita yang diuji.
dia yang mengeji,
dan kita yang mungkin terlanjur membenci.

*kredit to Tumblr

SUPERMOH PHOTOGRAPHER

jom like ramai2...tanda sokongan anda...

*share kepada rakan2 pon lagi bagus...;)


p/s: sokongan anda bermakna buat kami...;)